Followers

Wednesday, August 13, 2014

Surat cinta pertama daripada Dubai

Salaam namaste from Dubai!

Salam namaste? Dubai ni ramai orang india.. So kalau cakap salaam namaste sure ramai yang faham, betul tak? Hehe. Anyway, baru rasa2 nak settle down kat sini. All the packages and luggages dah habis unpacked. So, life's back to normal. 

(Ramai orang india ehh.. sebenarnya berharapan nak jumpa Aamir Khan ke, Shahid Kapoor ke, Kareena ke buat filming sini.. lol. Neil Nitin Mukesh tu.. paling hensem lah. haha)

Sure ramai yang tertanya, ok ke duduk rumah after 7 years of working? Boleh tahan ke? Soalan ini selalunya ditanya oleh mereka yang bajet careerwoman la kan.. atau nak ada anak tapi malas jaga sendiri. I know that feeling, haha. Walau lepas ada anak dah tak berapa nak bajet careerwoman, tapi kerana tuntutan bekerja and peer pressures tu, gaya mesti maintain, betul tak?

Ahh, melalut pulak aku.

Honestly stress kat rumah and stress at work adalah 2 perkara yang berbeza. Tapi I guess stress at home adalah lebih seronok daripada stress at work. Stress at work (setelah menganalisa diri sendiri dan whatsapp conversations from my colleagues) adalah amat tak best kerana merasa kebergantungan terhadap manusia lain, yang selalunya mengecewakan. Be them your beloved colleagues ke, your most hated boss ke, or just this lady from department lain yang takde kena mengena tetiba minta something that takes away your time from your pile of work (I would love to write down their names mannnn...), for now adalah lebih baik stress di rumah. Seriously I'm not kidding.

Well, at least, when habis masak (and stressed kalau Fahim tetiba terbangun melalak sebab mama takde), Zara will eat and look at me and say "mmm.. delicious, thank you mama.." Boss ada nak cakap selalu "Good job..!" ? Haraamm.. lagi bagi kerja on top of my already full plate ada la. In a way, the sense of accomplishment I can obtain more easily (and mmg akan dapat pun!) at home. Sense of accomplishment at work.. hmm.. the last real one was masa dapat TUV certification kot. That was 3 years ago!

Anyway, I don't know how long I will be staying at home of course. Tapi for now rasa nak kerja tu belum ada la lagi. Perasaan nak ambil masters tu memang membuak2. And the course has already been identified. Cuma I already missed the semester for this year because it started before I left Petronas. So tahun ni tak dapat la kan. It's alright. I'm more eager about my sister's wedding planned at the end of this year. So yep, really looking forward to that occasion. Mana taknya, kakak pengantin lagi bersedia daripada pengantinnya, haha. 3 pasang baju dah siap dah. And kasut sekali!

Dubai, presently it's hot here. Tapi tak lama lagi nak cuaca sejuk dah. These few weeks my life is about home, cooking, shopping malls and taxis. Lol. Belum beli kereta lagi. Pun tengah fikir2 nak beli kereta apa. But our new home is very near to restaurants and groceries, so it's really convenient. Baru nak kenal jiran2.. hehe. Slowly2..
Hello from Zara & Fahim! You lucky lots.

Oklah, sebenarnya banyak nak tulis lagi. Tapi masa tak mengizinkan (teruna dan dara di rumah memerlukan perhatian mama, hehe). Ada hutang post lagi kan.. hutang dengan FSI girls, and hutang nak bercerita macam mana saya berjaya menjual kereta Honda City saya. Pengalaman yang berharga tu.. hehe. 

Alright. See you in the next post. Adios from Burj Khalifa!